Alhamdulillah...Syukur kehadrat Ilahi kerana telah membuka ruang kepada kami untuk memuji Kekasih-Nya di dalam Rumah-Nya pada Subuh Jumaat tanggal 1.2.2013M di Wakaf Baru, Kelantan. Pada pagi tersebut pihak masjid mengadakan kuliah subuh khas sempena Maulidur Rasul saw yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz yang bertajuk "Kecintaan Kita Kepada Nabi SAW". Majlis dimulai dengan bacaan qasidah dan kemudiannya diselangi dengan kuliah oleh Al-Fadhil Ustaz.
Gaya bersahaja Al-Fadhil Ustaz Abd Aziz sewaktu menyampaikan kuliah
Sarapan pagi setelah selesai majlis
Kenangan bergambar di perkarangan Masjid Wakaf Baru, Kelantan dan jutaan terima kasih
kami ucapkan kepada Tuan Imam dan seluruh AJK Masjid Wakaf Baru kerana membenarkan
kami bermalam di masjid serta sarapan dan layanan yang diberikan. Hanya Allah dan Rasul-Nya
dapat membalas budi baik kalian kepada kami. Aminn...
Menziarahi Makam Tok Selehor
Bersama-sama kami ialah Ku Din dan beberapa orang jemaah dari Kelantan
Tuan Guru Baba Aziz
"Ya Allah...Rahmatilah setiap perjalanan kami dalam menyemarakkan Mahabbah Rasul SAW"

Selesai saja program di masjid, kami terus bergerak ke Tumpat untuk menziarahi pusara Allahyarham Tuan Guru Hj. Musa.
Menziarahi Makam Tok Selehor
Selesai menziarahi Tok Selehor kami terus bersiap2 bergerak menuju ke Masjid Mukim Simpang Hilir untuk solat Jumaat, untuk meneruskan agenda kami pada hari ini, iaitu menziarahi Tuan Guru Baba Aziz di Golok, Thailand.
Bersama-sama kami ialah Ku Din dan beberapa orang jemaah dari Kelantan
Tuan Guru Baba Aziz
"Ya Allah...Rahmatilah setiap perjalanan kami dalam menyemarakkan Mahabbah Rasul SAW"
No comments:
Post a Comment