Tuesday, September 20, 2011

Program Tour Maulid di Aidil Fitri Syamsul Haq al Haqqani di Pantai Timur (Bahagian III)

Assalamualaikum, 

Laporan bahagian III diteruskan iaitu aktiviti pada 4 September 2011 (Ahad). Pada hari ini, kami telah merancang untuk melawat beberapa makam wali di Kelantan. Dengan bantuan Baba Aziz, saudara Ku Din, dan beberapa orang jemaah di kelantan, penerokaan kami ke makam-makam di Kelantan menjadi mudah dan sangat menggembirakan. Selepsa selesai bersarapan, kami memulakan ekplorasi menjejaki makam bersama-sama Baba Aziz, Ku Din serta beberapa orang jemaah di Kelantan.

1) makam pertama:- Sheikh. Ismail Lundang Paku (murid Tuan Tabal).
 
 
 
  2) makam kedua :- Sh. Said Lundang Paku (murid kepada Sh. Ismail). Sh. Abdul Rahman sempat berguru kepada beliau sewaktu menuntut di Pasir Tumboh. Sebelum kami menziarahi Sh. Ismail dan Sh. Said, kami telah menziarahi Tok Ayah Mat pemegang kunci makam Sh. Ismail di madrasah beliau berdekatan mkam Sh. Said. Baba Aziz memohon restu daripada Tok Ayah Mat untuk menziarahi makam Sh. Ismail. 


 

Baba Aziz memohon restu daripada Tok Ayah Mat untuk menziarahi makam Sh. Ismail.
 Tok Ayah Mat pemegang kunci makam Sh. Ismai
3)  makam ketiga :- (Wali Che Mad) Sh. Mahmud Mahyuddin (murid kepada Tuan Tabal). Beliau dimakamkan di kampung Pasir Hor, Kota Bharu. Semas hayatnya, beliau telah berkhidmat dgn Sultan Abdul Hamid II Ottoman di Istanbul, Turki dan beliau pulang ke Kelantan setelah sahabat beliau Sh. Ismail Lundang Paku meninggal dunia. Beliau juga sempat berguru dengan Tok Sh. Syafie' Kedah di Masjidil Haram, Mekah dan beliau juga guru kepada Sultan Muhammad Jiwa II Kedah.
 
 

4) makam keempat :- Sh. Muhammad Yusof Kenali - Tok Kenali. Beliau di semadikan di tanah perkuburan Kubang Kerian, Kota Bharu. Sewaktu hayat beliau sangat terkenal sebagai penceramah pondok2 di tanah melayu sehigga bumi Kelantan di gelar Serambi Mekah...Allahu Akhbar......Tok Kenali juga adalah seorang guru yang mengijazahkan sejenis ilmu mempertahankan diri iaitu Gerak Khalifah yang di kenali sekarang sebagai sillat Abjad. Setelah selesai menziarahi makam Tok Kenali kai berangkat pulang ke Homestay utk rehat serta makan tghari dan solat zohor. Juadah makan tghari kami di masak oleh isteri Baba Aziz Alhamdulillah.......selepas solat zohor trip ziarah makam di teruskan... 

Tiba di makam Tok Kenali
 
 

 


6) Makam kelima :- Sheikh Tuan Tabal. Beliau di makamkan di tanah perkuburan Pengkalan Kubur Tumpat. Beliau di antara ulama-ulama besar tanah melayu yang melahirkan ramai ulama2 masyhur yang bertaraf Wali, di antaranya Sh. Ismail Lundang Paku, Sh. Mahmud Mahyuddin, Sh Abdul Rahman Selehor dan ramai lagi. 

Makam khadam Tuan Tabal (suami isteri) berasal dari negeri Cina yang memeluk Islam di tangan Tuan Tabal dan berkhidmat kepada beliau sehingga Tuan Tabal meninggal dunia, mereka tidak mempunyai zuriat dan di kebumikan di tanah perkuburan ini juga, moga Allah merahmati kita semua dan mereka.
 
 Makam Sheikh Tuan Tabal
Makam Khadam Sheikh Tuan Tabal
 

6) Makam keeenm :- Makan Tok Selehor. Seterusnya, kami melawat makam Tok Selehor yang terletak di Tumpat, Kelantan. Kami berpeluang menziarahi tempat suluk yang digunakan oleh Tok Selohor. Tempat suluk tersebut terletak di bawah tanah di kawasan perkuburuan di mana Tok Selehor di makamkan.

 
 Makam Tok Selehor
 
 Tempat suluk Tok Selehor di bawah tanah


 

 

6) Maulid di rumah Baba Aziz - Aktiviti terakhir kami pada hari ini ialah Maulid di rumah Baba Aziz. Majlis pada malam tersebut adalah begitu meriah. Semoga ianya mendapat keberkatan. Selepas majlis tamat, kami pulang ke homestay untuk berehat setelah seharian mejejaki makam. Besok merupakan hari terakhir kami di Kelantan sebelum pulang ke Kedah.

 
 


Laporan terakhir (bahagian V) program Tour Maulid di Aidil Fitri Syamsul Haq Ak-Haqqani akan menyusul..

No comments:

Post a Comment